Rabu, 24 Disember 2008
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU?
Subuhnya...
di mana aku berada masih enak
dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan TUHANKU...?
Zohornya...
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak-ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan TUHANKU...?
Asarnya...
aku lupa warna masam
aku berubah bagaikan ditolak- tolak
aku masih dengan secawan kopi
aku terlupa di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si tuah yang setia dan si jebat yang derhaka
siapa aku di depan TUHANKU...?
Maghribnya...
aku melihat warna malam
tetapi ku berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa keseronokkan
tak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat- tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan TUHANKU...?
Isyaknya...
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuaan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik-narik selimut biru
bercumbu- cumbu dengan wakTu
siapa aku didepan TUHANKU...?
Kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bilakah aku akan melambatkan lagi sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid sepi
kerana di hujung hidup ada MATI....
PEACE ISLAM!!
Langgan:
Catatan (Atom)