KENAPA UJIAN YANG MENIMPAKU SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya"
-albaqarah:286-
RASA FRUST??
"janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati ,padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya"
-alimran:136-
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA??
"Wahai org2 beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan kebajikan dan kuatkanlah kesabaranmu lebih daripada kesabaran musuh di medan perang dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
-alimran:200-
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI??
"sesungguhnya Allah telah memberi orang mu`min diri, harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka"
-attaubah:111-
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selainNya, hanya kepadaNya aku bertawakkal"
-attaubah:129-
YA ALLAH, AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI...
".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmatNya.Sesungguhnya tiada yg berputus asa dari rahmatNya kecuali org2 kafir"
-yusuf:12-
Lihatlah betapa Allah sayang kepada
kita.
Ingatlah teman,
setiap yang berlaku pasti terselit
HIKMAH........
Jumaat, 25 September 2009
ALLAH SAYANG KITA
Tajuk post yang terbaru ni agak unik iaitu Allah sayang kita.Kenapa ya??
Kita sering kali diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.Ketika itu Allah mahu menilai cintaNya kepada kita.Kadang-kadang ada yang berputus asa
"Janganlah kamu berputus asa pada rahmat Allah"
-firman Allah-
KENAPA AKU DIUJI??
"adakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan saja berkata."kami telah beriman"...sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka Allah menegetahui org2 yang benar dan Allah mengetahui org2 yg dusta"
-al-ankabut: 2~3-
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU
IDAMKAN??
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu perkara padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
-albaqarah:216-
Panji-Panji ISLAM!!
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua per tiga dunia
Melayari samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
ADAKAH KAU LUPA???
ADAKAH KAU LUPA???
ADAKAH KAU LUPA???!!!!
Assalamualaikum..
Di atas adalah video ADAKAH KAU LUPA dan liriknya sekali.Andai kita meneliti lirik lagu tersebut pasti jiwa kita akan tersentuh dan rasa berkobar-kobar dengan semangat islam.
Panji-panji islam.Begitulah tajuk post terbaru kali ini.Apa maksudnya.Panji-panji islam sebenarnya melambangkan diri kita sendiri.Kenapa begitu?? Kerana kita adalah duta yang membawa islam. Buruk baiknya islam bergantung kepada diri kita.Jika kita baik, maka islam itu akan nampak bersih.Tetapi jika sebaliknya, islam akan difitnah.Muttakhir ini, islam sering dikatakan sebagai pengganas.Mengapa begitu??!! Renungkan kembali lipatan sirah nabawiyah yang menunjukkan ikon Salahuddin Al-Ayubbi yang telah berjaya memimpin tetnteranya untuk menawan kembali kota Al-Aqsa. Manakala Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menawan Kostantinople.Mereka telah berjaya membawa suasana baru dalam kehidupan masyarakat.Untuk mengembalikan semula kegemilangan islam, ianya bermula daripada diri kita sendiri. Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah berkata
TERDAPAT LIMA PERINGKAT UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA KEDAULATAN ISLAM, BERMULA IAITU
1
DIRI SENDIRI
2
KELUARGA
3
MASYARAKAT
4
KERAJAAN
5
DAULAH ISLAMIYAH
Konklusinya, semuanya bergantung pada diri kita MAHU atau TIDAK. Andai kita terus bergelumang dengan dosa di mana letaknya TAQWA dalam hati kita?? Bagaimanakah islam akan datang??
kita adalah pejuang!!
JIKA ADA SERIBU ORANG PEJUANG
AKU ADALAH SALAH SATU DARIPADANYA
JIKA ADA SERATUS ORANG PEJUANG
AKU ADALAH SALAH SATU DARIPADANYA
JIKA ADA SEPULUH ORANG PEJUANG
AKU ADALAH SALAH SATU DARIPADANYA
JIKA HANYA ADA SEORANG PEJUANG
AKULAH ORANGNYA!!
Langgan:
Catatan (Atom)