Jumaat, 25 September 2009

Panji-Panji ISLAM!!




Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua per tiga dunia
Melayari samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
ADAKAH KAU LUPA???
ADAKAH KAU LUPA???
ADAKAH KAU LUPA???!!!!
Assalamualaikum..
Di atas adalah video ADAKAH KAU LUPA dan liriknya sekali.Andai kita meneliti lirik lagu tersebut pasti jiwa kita akan tersentuh dan rasa berkobar-kobar dengan semangat islam.
Panji-panji islam.Begitulah tajuk post terbaru kali ini.Apa maksudnya.
Panji-panji islam sebenarnya melambangkan diri kita sendiri.Kenapa begitu?? Kerana kita adalah duta yang membawa islam. Buruk baiknya islam bergantung kepada diri kita.Jika kita baik, maka islam itu akan nampak bersih.Tetapi jika sebaliknya, islam akan difitnah.Muttakhir ini, islam sering dikatakan sebagai pengganas.Mengapa begitu??!! Renungkan kembali lipatan sirah nabawiyah yang menunjukkan ikon Salahuddin Al-Ayubbi yang telah berjaya memimpin tetnteranya untuk menawan kembali kota Al-Aqsa. Manakala Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menawan Kostantinople.Mereka telah berjaya membawa suasana baru dalam kehidupan masyarakat.Untuk mengembalikan semula kegemilangan islam, ianya bermula daripada diri kita sendiri. Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah berkata

TERDAPAT LIMA PERINGKAT UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA KEDAULATAN ISLAM, BERMULA IAITU

1
DIRI SENDIRI
2
KELUARGA
3
MASYARAKAT
4
KERAJAAN
5
DAULAH ISLAMIYAH
Konklusinya, semuanya bergantung pada diri kita MAHU atau TIDAK. Andai kita terus bergelumang dengan dosa di mana letaknya TAQWA dalam hati kita?? Bagaimanakah islam akan datang??
kita adalah pejuang!!
JIKA ADA SERIBU ORANG PEJUANG
AKU ADALAH SALAH SATU DARIPADANYA
JIKA ADA SERATUS ORANG PEJUANG
AKU ADALAH SALAH SATU DARIPADANYA
JIKA ADA SEPULUH ORANG PEJUANG
AKU ADALAH SALAH SATU DARIPADANYA
JIKA HANYA ADA SEORANG PEJUANG
AKULAH ORANGNYA!!

Tiada ulasan: